Saturday, May 12, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 16hb Mei 2012. Pada hari ini guru-guru akan membaca ikrar dan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia". Pelbagai aktiviti yang dijayakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar akan diadakan. Di samping itu juga semua warga sekolah dikehendaki menonton siaran langsung "Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012" di RTM 1 atau eduweb TV pada jam 11.00 pagi. "SELAMAT HARI GURU"

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada 7hb Mei 2012. Manakala peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar-pelajar tingaktan 1, 2 dan 3 akan bermula pada 17hb Mei 2012. Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar TESMAL.

Friday, February 24, 2012

Lawatan Penanda Arasan

Ahad, 26hb Februari 2012

SMK Mentakab, Pahang akan mengadakan lawatan penanda arasan ke SMK Mak Lagam, Kemaman. Selamat datang diucapkan kepada warga SMK Mentakab, semoga jalinan persahabatan ini akan berterusan.

Sukantara

Sukantara TESMAL
Pada 20 dan 21hb Februari 2012 telah diadakan sukantara di antara rumah universiti TESMAL. Acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, 100 meter dan 400 meter. Semua pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam semua acara. Mata yang diperolehi oleh pelajar akan menjadi mata untuk rumah universiti masing-masing.