Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Adalah dimaklumkan bahawa semakan keputusan pelajar ke Tingkatan Satu Tahun 2014 boleh dibuat mulai 16 Disember 2013 (Isnin) melalui Laman Web Jabatan Pendidikan Terengganu (Sila rujuk di papan kenyataan masjid ini) bagi kategori:-
1. SMK Elit Terengganu
i. SMK Mak Lagam, Kemaman
ii. SMK Lembah Bidong, Setiu
2. SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)
i. Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
ii. Tok Jiring, Kuala Terengganu
iii. Durian Guling, Marang
iv. Kuala Abang, Dungun
v. Nurul Ittifaq, Besut
vi. Wataniah, Besut
3. Sekolah Premier (Sekolah-sekolah di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah)
Bagi permohonan yang gagal, pemohon boleh membuat rayuan melalui Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan memuat turun Borang Rayuan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan sebelum atau pada 24 Disember 2013 (Selasa).
Sekian. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment