Saturday, May 12, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 16hb Mei 2012. Pada hari ini guru-guru akan membaca ikrar dan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia". Pelbagai aktiviti yang dijayakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar akan diadakan. Di samping itu juga semua warga sekolah dikehendaki menonton siaran langsung "Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012" di RTM 1 atau eduweb TV pada jam 11.00 pagi. "SELAMAT HARI GURU"

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada 7hb Mei 2012. Manakala peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar-pelajar tingaktan 1, 2 dan 3 akan bermula pada 17hb Mei 2012. Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar TESMAL.