SEJARAH SEKOLAH



Kampung Mak Lagam merupakan antara 3 kampung yang terawal di kawasan negeri Terengganu sebelum wujudnya daerah kemaman pada tahun 1800 oleh bangsawan dari Petani iaitu Tok Lebai Sarif ataupun dikenali sebagai Lebai Saras. Asal-usul nama Mak Lagam sempena nama ketua orang asli bernama Mak Lagam. Seterusnya apabila sebuah sekolah menengah dibina di kawasan ini,nama SMK Mak Lagam diambil sempena nama Kampung Mak Lagam.

SMK Mak Lagam terletak 7 kilometer dari pusat bandar Chukai. Mula dibina pada tahun 2001 dan telah siap sepenuhnya pada 21 Oktober 2003. Dibina berkonsepkan bangunan sekolah bestari di atas keluasan tapak 16 ekar. Pada peringkat awal beroperasi, seramai 22 orang guru dan staff telah ditampatkan di sekolah ini.

Matlamat asal penubuhannya adalah sebagai sekolah harian biasa. Walaubagaimanapun hasrat PPD Kemaman ingin mewujudkan sebuah sekolah terbilang yang menempatkan pelajar cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR telah mendorong penukaran status sekolah ini kepada sekolah kawalan daerah kemaman.

Bermula tahun 2005, Kerajaan Negeri Terengganu telah memilih SMK Mak Lagam sebagai Sekolah Elit Terengganu. Seramai 90 orang pelajar cemerlang 5A dalam UPSR telah mendaftar sebagai pelajar elit negeri Terengganu. Majlis pelancaran Sekolah Elit Negeri Terengganu  telah disempurnakan oleh YB Dr Abdul  latiff Bin Awang. Pengerusi Jawatan Kuasa Pendidikan Pengajian Tinggi Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri.


Sejak Penubuhan sekolah ini, SMK Mak Lagam telah mencatat pelbagai kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu, SMK Mak Lagam telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan ada tahun 2011 dan merupakan yang pertama di daerah Kemaman bagi kategori sekolah menengah.

No comments:

Post a Comment